Monday, April 28, 2008

Mandi Wajib.

Pada suatu petang yang hening,Ali telah pergi ke kedai untuk membeli beras yang di pesan oleh ibunya. Ketika di kedai,Ali telah berjumpa dengan kawannya,Abu.

Abu : Assalammualaikum,Ali. Ku sekolah Arab,kan? Aku nak tanya kau sikit,boleh tak?
Ali : Waalaikumsalam,kau nak tanya apa? Cepat sikit,mak aku tengah tunggu ni.
Abu : Ala,lepak² la kejap,aku nak tanya pasal mandi junub ni.
Ali : Mandi junub? Apa mimpi ni tanya aku pasal mimpi junub? Kau bukannya dah kawin.
Abu : Ala,aku cuma nak tau,kalau kita melancap,kan.camne mandinya?
Ali : Astargfirullah... Emm,mandi je la. Apa masalahnya?
Abu : Niatnya camne? kalau macam bersetubuh,kan niatnya sahaja aku mandi junub. Kalau
melancap lak,camne? Takkan la sahaja aku mandi melancap lak?
Ali : La.. Abis tu selama ni kau mandi wajib camne?
Abu : Er... Ala,kau jawab je la soalan aku. Jangan la banyak tanya.
Ali : Ok²,kau ni,kan.. Emm,mandi wajib ni untuk angkat hadas besar. Jadi tak salah
kalau kau nak niat camne pun,yang penting kau ade niat untuk angkat hadas
besar. Jadi, takde salahnya kalau kau nak niat untuk mandi kerana apa yang kau buat
tu,sebab benda tu dah mengakibatkan kau berhadas besar. Tapi untuk langkah
selamat,baik kau niat sahaja aku angkat hadas besar.
Abu : Aku nak niat tu bila ek?
Ali : Camni je la,aku bagi tau kau syarat² yang mesti untuk mandi wajib,mula² niat,kau tau
kan niat tu apa? Yang dalam hati tu niat,yang kau sebut dalam bahasa melayu tu,tu yang
wajib. Niat tu time kau basuh anggota badan kau yang mula² sekali. Kalau kau basuh
kepala,kira time kau siram tu la kau niat. Pastu kau basuh badan kau betul²,bersihkan
apa² yang ada kat badan kau,macam mani ke.. Bersihkan betul²,gosok² badan tu,kat
rambut tu rata kan betul², kalau nak pakai sabun lagi baik, tapi bersihkan betul² la. Bila
kau dah yakin semua kulit kat badan kau kena air,kira ok lulus la tu. Pastu amik wudhuk.
Abu : Eh,bukan ke amik wudhuk tu sebelum mandi?
Ali : Eh,pandai pula kau ek. Ala, sebelum atau selepas tu tak kisah,yang penting ada wudhuk.
Time mandi tu sunatnya basuh yang kanan dulu,sunat basuh tiga kali. Ala, macam amik
wudhuk gak,tapi ni basah satu badan.
Abu : Ali,terima kasih la ye.Aku memang keliru la bab ni.
Ali : Tu la kau,time ustaz ajar kat sekolah agama,kau tidur.
Abu : Ala,aku penat sekolah menengah,jd time sekolah agama aku tidur la. Tapi ok pe aku
datang,dapat gak berkat.
Ali : Iye la tu. Ok la,aku balik dulu,kalau lambat² bising lak mak aku nanti. Kau tu jangan buat
benda tu lagi.Berdosa tau. Tahan² sikit.
Abu : Ala,ni member aku la yang tanya. Aku sampaikan je.
Ali : Jumpa lagi kat yasinan malam ni,assalammualaikum.
Abu : Tengok la,kalau aku rajin. Waalaikumsalam.

Selepas itu,mereka pun berpecah menuju ke destinasi masing².
Selengkapnya...